Sesi eCikgu bersama Pelajar eKelas

31 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Mac 2019 yang lepas, seramai 13 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 telah menyertai sesi eCikgu bersama dengan cikgu-cikgu eKelas Maxis.

Sesi eCikgu ini membolehkan para cikgu berinteraksi dengan pelajar melalui portal eKelas. Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan Learning Port iaitu laman web interaktif yang sangat sesuai untuk pelajar mengulangkaji pelajaran di mana-mana selagi adanya internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali